Bestnya minggu nie.
Okay la, aku briefing sikit pasal keja yang aku baru dpt last week ni. UTS ni berkaitan dengan telemarketing, kira buat sale/jual produk melalui fon tanpa perlu berjumpa. Aku dulu tak yakin sgt dengan kerja macam nie, tapi lepas training baru la aku nampak sinar tu.. Training ni sgt la membantu aku especially pasal sales ni. Kalau dapat masuk training tu pon aku dah terharu dah.. huahua..
Kat ats ni group kami la, Batch 5.55.. Banyak sgt batch yang ada.. Walaupun ada chinese, aku igt suma jenis perkauman, tapi semua masukkkk kepala skali.. mmg layan abes la time orientasi tu.
Siang td still consider training, tp half day ja. Then kena buat role play dengan team leader, kat situ pulak aku sangkut.. cakap putar belit sampai tak paham.. hihi.. So mlm ni aku kena berlatih lagi la bercakap nak convince org beli produk aku.
Lupa pulak, aku skrg under Bank Simpanan Nasional, tp gaji UTS yang bagi. Keja UTS just provide telesales representative( aku la tuh) kepada mana2 syarikat. So dengan rasminya aku keja dengan BSN skrg. BSN dengan kerjasama CIMB AVIVA Takaful memperkenal kan Pelan Takaful SMARTPro PA, iaitu insurans la.. Dengan mudah faham, keja aku skrg ni jual insurans Personal Accident (PA).
Hasil drpd training tu, aku da phm byk jugak la kepentingan insurans nie. Memang aku rasa nak amek pon insurans lepas ni.. Dengan serendah RM25 sebulan, aku dah bole dapat perlindungan RM100 000. Byk tu.. P hospital pon ditanggung siap dpt duit poket lg, p klinik pon bole claim balik bil tu.. Kalau pikir2 balik, memang mentaliti rakyat malaysia ni kureng sikit la pasal insurans ni..
Betulll... bukan aku sengaja nak ckp.. tp mmg betul aku baru prasan insurans ni byk sgt kebaikan.. Tambah2 kalau amek Insurans Hayat. Bulan2 mmg la mahal yg tu, slalunya 200 mcm tu la.. Tapi padan la, bila da mati nnt bole claim smpai 3 4 ratus ribu.. At least mati yg berjasa la, fmly kita bole dpt duit tu. kan kan.. haha..
Aku suda promot disini pulak... tp aku just bole buat sale melalui fon shj. Suma database diberi dan tak bole diambil dari luar. Maksudnya aku sendiri pon tak boleh beli insurans utk diri aku ataupun kawan ataupun fmly aku..
Ok, done wit insurance. Skrg bab MAKAN pulak.. tak tersangka la pulak aku kat KL ni ada tempat makan yg sgt2 murah! even dkt kedah pon aku tak dpt murah mcmni. Dpn ofis UTS tu ada AMBANK, fudkod kat situ alahai.. da la murah satu hal, sedap pulak tu.. memang rasa mcm makan kat rumah mak kita masak! Air pon bg free sajaaa.. tekezut gua..
Itu bab murah, ni bab mahal pulak. Aku dah tak duk kat bangunan UTS dah, skrg kat Bangunan UOA, depan KLCC. Kat situ makanan mahal~ kering poket aku td makan nasi ayam biasa saja dah 6rgt. Air tak masuk lg tu.. aiyak.. pokai la aku pasni.. lmbt lg gaji nak masuk..
itu ja. Sja nak update sket.. Sian dah tgk belog aku ni usang.. dah kaler pon usang2.. hehe..
tata..