Keputusan.

Posted by Ched

Bukan susah nak senang, dan bukan senang nak senang. A common word. Dari umur aku 13 tahun lagi, aku dah start terlibat dengan keusahawanan. Aku bersyukur sangat sebab dilahirkan dalam famili yang mengajar aku erti berdikari. Walaupun aku bukanlah dari keluarga yang susah, tapi setiap keinginan tu bukan selalu ditunaikan. Alternatif, aku belajar dengan cari duit sendiri.

Alhamdulillah, aku juga mempunyai famili yang sentiasa bagi semangat kat aku. Aku ada ayah yang tak pernah bangkang dengan keputusan aku walaupun kadang-kadang nampak macam tak logik untuk usia macam aku nak capai.Tapi berpegang dengan falsafah hidup aku, keyakinan mengatasi segala-galanya, insyaAllah dengan usaha aku mampu capai. Setiap keputusan yang aku buat, semuanya berdasarkan dengan keyakinan aku.

mungkin keputusan aku nak tinggalkan alam pembelajaran nampak sukar. Penat-penat belajar spm, pastu masuk matrik, pastu dapat pulak UM, bukan calang-calang orang boleh masuk. Aku bersyukur sgt sebab aku dpt masuk. Bukan sebab aku akan dpt habiskan belajar aku untuk dptkan degree tu, tapi sebab temukan aku dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Semua ni dah mengajar aku untuk hidup. Kalau tak masuk UM, manakan dpat aku berjumpa dgn orang2 hebat, berjumpa dengan rakan2 hebat, berjumpa dengan semua org yg secara tak langsung mematangkan aku. Sungguh, aku bersyukur.

Ada org ckp kat aku, buatlah solat istikharah dulu. Buat pilihan mana satu yang sepatutnya.. Syukur, masih ada yg mampu nk igtkan aku ttg semua ni. Tapi bagi aku, solat istikharah diperlukan ketika kita menjadi sukar untuk membuat keputusan. Bagi aku, melepaskan alam student dkt UM ni bukanlah sesuatu yang sukar sebab aku yakin aku masih mampu berjaya. Memang betul dgn degree aku mempunyai 'backup' yang besar, yang boleh 'kononnya' menjamin masa depan aku, tapi bukan ini yang aku mahukan. Langsung tiada penyesalan meninggal title 'student um" yang dah dua tahun aku galas. Kerana apa, kerana dua tahun inilah ilmu yang aku idamkan dapat aku pelajari yang aku rasa sgt sukar untuk student lain dpt. Mungkin bukan ilmu akademik, tapi ilmu yang mampu bg peluang untuk aku merasai nikmat dunia yg sementara ni.

Terlibat dengan aktiviti keusahawanan betul-betul membuat aku kenal erti kehidupan. Stress smpai mengalirkan air mata, marah sampai aku tak bergaul dgn orang, kecewa smpai terasa mcm nak bunuh diri, semua tu aku dah lalui.. Inilah perasaan parasit yg selalu menjatuhkan orang. Syukur, aku lalui dengan rasa redha dan pasrah. Semua tu cuma ujian untuk aku rasa jatuh. Kalau tak jatuh, mcamna nak naik dengan rasa kepuasan.

Syukur Alhamdulillah, aku bersyukur kpdmu yaAllah dengan jalan yang Kau tunjukkan ini..

Share  
This entry was posted on Tuesday, April 3, 2012 at 12:08 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment