Cerita dulu kala.

Posted by Ched



Mood aku skrg tgh down sket.
Masalah2 personal plus dengan assignment yang tunggang langgang, repot bukan main banyak nak kena setel and next week da start final exam. Dem.. Aku tak nak buat apa malam ni, just nak tulis kisah aku dulu. Bila tgh down mcm ni sbnrnya aku selalu tringat balik kisah2 lama yg buat aku hepi. :)

Time nie skolah menengah waktu aku nak ambil PMR. Untuk permulaan, aku start dengan aku form 1 dulu. Kisah ni berkaitan dengan Ana, bukan nama sebenar.. Nie aku ambil sempena nama arwah mak aku. Aku tak pernah pon nak rasa dekat dengan Ana nie. Dia kenal aku pon tak time nie tapi membe yang rapat dengan Ana ni yg duk sebelah meja dengan Ana ni la yg boleh dikatakan awek hot.

Kelas aku kat depan. Ana dengan membe hot dia duk kelas belakang aku. So hari-hari memang dah menjadi kebiasaan aku dengan hero-hero lain duk usha membe Ana yg hot ni. ada lubang antara kelas aku dengan kelas belakang, tue la port kami duk mengusha tambah-tambah bila cikgu dah keluar.

FUHHH! memang nikmat abes la bole skodeng time budak2 dulu.. haha..

Ana dah form 2, sama la dengan aku.. kiranya setahun kemudian la neh.. keke
Kami duk kelas sekali, tp membe Ana yg hot tue duk kelas lain pulak.. Hadoi, bukan Ana yg kami duk target, membe dia yg hot tu kami duk aim.. So time Ana duk kelas skali dengan aku pon mcm tak rasa sgt la kewujudan dia tu.

Sebelum aku pergi dengan lebih jauh, meh nak cerita sket personaliti si Ana ni. :) Kalau tengok badan dia, Ana jenis badan yg agak besar drpd prmpn lain tp still nmpk ok. cun. mantap. etc. hehe.. Kulit dia putih merah, campur gebu-gebu sket. Tambah-tambah kalau time Ana gelak, mmg merah la nampak dia. Aku slalu gelar dia Humaira. Cantik orangnya, tapi tu la.. Aku pon tak tau knapa aku tak prasan yg si Ana ni cantik dr first aku tgk lagi.. Boleh dikatakan manja la jgk, kdg2 tu ada la jgk dia merajuk kalo ada sapa2 duk kacau dia. Memang manis plus ayu la si Ana ni. Pakej yang bagus untuk dijadikan calon. :)

Oke, dah habis form 2. haha.. kan dah ckp, aku tak brapa prasan pon kewujudan dia time form 2 even dia satu kelas dengan aku.

Form 3 la yang aku rasa klimak dalam hidup aku ni. Dalam bab percintaan la. CEWAHH! cinta monyet woot woot! haha.. Sory, mood sedih ni.. huhu.. Untuk dijadikan permulaan cerita, aku minat la kat sorang awek nie. Aku bagi nama dia Awek X..haha.. Nak kata awek nie cun pon tak la sangat. Sedang-sedang ja. Aku pon pelik camna aku bleh minat, slalu aku cari awek yang hot2 stuff. Ah, demand kan aku ni. X sedar diri betul.. kehkeh! Tapi kira ok jgk la awek ni, sedap mata memandang. Dengan bantuan si Ana, akhirnya aku dapat jugak jadikan Awek X ni sebagai awek aku yang sah.

YAHUU! memang best jgk la.. aku dapat kluar sama2 pegi mall. Mkn2.. Jln2.. Melawak2 comel sket.. hikhik.. mmg heaven jgk la tp JUST FOR A COUPLE OF WEEKS.. hahhaa.. aku kapel dengan Awek X nie 2 minggu ja beb..Memang sekejap tapi dah cukup nak rasa bahagia tu. Tak nak la cerita sebab apa aku clash, tapi yang pasti aku sedih bangat lps da putus dengan awek ni..

For a few weeks, Si Ana nie la yang duk bagi semangat kat aku. Time ni la aku dah mula rapat dengan Ana.. Time tu Ana duk hostel, aku duk rumah ulang-alik pegi skolah naik moto skuter hijau aku tu. Ana plak tak bawak fon p asrama.. Makin hari makin terasa aku nak dekat dengan Ana ni. Aku dah mula rasa best bila dpt sembang dengan Ana. Time study pon slalu kami duk skali buat study group la kononnya.

Alahai, bestnya prasaan time tu..Bole rewind tak? pls..pls.. haha

Perasaan aku nak dekat selalu dengan Ana ni makin membuak-buak. Aku nak ja sembang dengan dia hari-hari. Sebagai alternatif, hari-hari aku kumpul duit syiling sebanyak mungkin. Aku p tukar kat kedai, korek tabung, beli gula-gula seposen tp guna duit kertas seringgit dengan harapan dapat baki duit syiling dan tak lupa pau member2 berdekatan mintak duit syiling sebanyak yang mungkin.. Itu la rutin harian aku hari-hari.

Kurang-kurang, satu hari aku bagi kt Ana ni RM3 duit syiling semata-mata sbb aku nak dia call aku malam-malam sebelum tidur. Sebelum nie Ana asyik guna duit dia ja, so aku kesian plak kat dia. Sebab tu la aku bg duit syiling kt dia. Hebat kan perasaan aku time tu walaupun masih tahap budak2 lg.. hehe..

Satu lagi, bila sampai petang ja aku mesti pegi skolah buat study group dengan Ana ni. Semangat nak study tu sgt tinggi bila aku dengan dia. Sampai kami ni kena attack dengan cikgu and pakguard sbb kerap sgt study group time ptg. haha! x buat apa pon pakcik makcik.. kami study~

Ada satu petang tu.. mcm ni la dialog antara aku dengan Ana.

AKU : "malam ni nak gayut.. boleh?"

ANA : "duk tanya plak boleh ka dak.. Mmg hari-hari duk call pon kn.. " balasnya manja.. wehuu!

aku pon mcm biasa la duk buat muka inosen ala-ala gedik sket. hehe.. " NAK GAYUT LAMA-LAMA TAU MLM NI, ADA BYK SYILING.." aku pon hulur la kt dia dlm 5 ke 6 ke 7 rgt mcm tu la duit syiling.. Berat weh poket aku bawak syiling byk mcm tu..

"EHH! Tak payah la sentuh! "

adoi, aku kena MARAH la plak dengan Si Ana ni sbb aku sengaja bagi kena tangan aku dengan tangan dia time nak bagi duit syiling tu.. Terkejut nokkkss kena marah.. haha..

"ok, sory.. sory.. tak sengaja.." alasan murah aku bagi kt Ana nie.. haha.. cover malu beb! *blushing2

Baik kan si Ana ni.. Time ni aku jahil sket bab-bab agama. Aku bukan berada dalam keluarga yang alim-alim. Tapi si Ana ni la pencetus aku dalam mengajar aku selok belok agama ni.. Terasa mcm aku ni mualaf la plak.. haihh.. Anyway, thx ye Cik ANA..

oke,done with that.. Sampai la satu tahap ni, aku dah tak tahan.. For whatsoever reasons or obstacles incoming, aku nak jugak-jugak jadikan Ana ni awek aku. Awek aku yang terakhir. Tu la harapan aku bila aku dah mula nak mengorak langkah untuk proses nak jadikan Si Ana ni awek aku.

Nak tahu tak apa jadi?

Ofkoz la aku dapat.. hahaha.. Bermula dari hari tu, aku rasa mcm hidup lebih bermakna.. fuhh! ayat... hahah! Lama jugak la proses approaching aku tu, lebih kurang 3 bulan pastu baru la dengan rasminya Ana jadi awek aku. Dan untuk pengetahuan semua, time ni Ana jadi rebutan daa.. Ramai kot yang tengah minat kat dia.. Boleh rasa tak mcmna bahagia aku time tu. jgn jeles ye.. wekk! haha..

Adeh, tiba-tiba winamp aku ni pasang lagu ' kamikaze - Pergi Selamanya '.

Sedih..sedih.. sobs..sob.. Aku baru nak mulakan part yang agak sayu sket la. Sebenarnya sebelum aku ajak Ana ni jadi awek aku, mama aku tgh suffer cervical cancer. Memang mama terlantar kat hospital.. This is another reason si Ana selalu rapat dengan aku. Dia slalu bagi aku semangat. Lagipun dah nak PMR kan.. time ni trial exam.. hadei, sebak sket aku nak sambung menulis..

Lepas Ana jadi awek aku, mmg terasa bahagia sangat but at the same time terasa sedih sgt.  Two feelings at the same time. Bila aku sedih duk crita pasal mama aku sakit dkt Ana, dia la duk selalu support aku.. Semakin ari terasa Ana ni mcm tak boleh jauh dengan aku. Terseksa bila tak dapat dengar suara dia untuk satu hari.

A few weeks later, my mom pon pergi menghadap Ilahi.. sedih woo.. Hilang org yg paling kita sayang..  Dah la time tu pagi aku tgh jwb trial. Tiba-tiba cikgu panggil.. Aku dah boleh agak apa dah jd.. Jaga mak korang elok2 tau, jgn bg diorg sedih2.. Kalo ada buat salah sikit pon, mintak maaf cpt2.. taw! taw! Belum pergi lagi tak tau la rasa mcmna.. Dah pegi nnt time tu la sibuk nak rindu ari2.. huhu.. emo sket.. soley soley..

Selesai part tu. Dengan kesedihan melanda diri aku ni, dengan tabah hati serta jiwa yang cekal aku pon teruskan perjuangan hidup aku ni disamping Ana yang tak henti-henti sapot aku.. Aku jalankan kehidupan aku seperti biasa cuma bezanya aku dah kehilangan org yang paling aku syg.

Orait, result da kluar.. yeay! aku dpt 6a 2b. haha.. not bad la kan result pmr aku tu.. tapi part yang sedihnya alahai... tgk ni..

USTAZAH : " hang ni tak serupa melayu pon ustazah tgk result. pelik sungguh.. " muka sedikit keciwa..

AKU : " nak buat camna ustazah, sy duk fokus yang lain ". sambil tersengih-sengih..

USTAZAH : " orang lain semua BM dengan PI (Pendidikan Islam) dapat A, hang p dapat B.. haihhh "

hakhak.. bm n pi aku dapat b.. woot woot..! tak penah-penah lg ustazah aku ckp ada budak melayu dpt mcm tu kat skolah.. kat malaysia, aku tatau la.. harap-harap ada la. So aku tak kesorangan..hihihi

Si Ana pon result dia best jgk. 7a 1b rasanya..aku dah tak igt..

Da hujung taun kan, time nie aku masih dengan Ana.. Aku dah boleh serasi dengan keadaan. Aku dah boleh trima yang mama aku dah pergi. So aku tak la terkenang sgt.. Kadang-kadang tu biasa la...rindu mesti ada.. :)

Aku da kurang rapat sket dengan Ana.. dia pon jarang sket call aku dah.. Tapi yang pasti hari-hari aku pegi skolah nak tengok Ana ni. Nak sembang-sembang dengan dia. Tapi yang pasti, dah boleh rasa mcm ada yang tak kena.

"Frankly speaking, Ana sbnrnya anggap basyeer sebagai kawan ja. Tak pernah lebih dari tu. Ana terima basyeer jd bf Ana pon sbb Ana kesian kn basyeer. Basyeer dah sedih kehilangan mama, takkan Ana nak tolak apa yang basyeer nak"

lebih kurang mcm tu la msg yang aku dapat. Hancur-berderai hati aku lepas baca msg tu.. Selama ni mentah-mentah aku terpedaya ingatkan aku dah dapat cinta yang sempurna. yang boleh kekal smpai ke jinjang pelamin mcm yang aku harapkan. Untuk sekian-sekian waktu, aku tak contact dah dengan Ana.. Bukan aku nak larikan diri, tapi terasa malu sangat sbb rasa mcm dipermainkn.

Tapi yang aku pasti, niat Si Ana tu sgt baik.. kalau Ana tak wujud dalam hidup aku, mungkin aku x berpijak kat sini sekarang. Tanpa semangat dan pertolongan Ana sebelum ni, aku dah tak tahu apa aku jadi skrg.. Sebab tu aku tak pernah terdetik kat hati aku untuk menyalahkan perbuatan Ana tu. Dia memahami aku. Dia tahu apa yang aku nak..

Terima kasih Ana kerana sempat wujud dalam cerita ringkas hidupku. Hiasi hidup aku dengan warni warni suka duka dan gelak tawa. Hubungan yang sekejap sudah mampu buat aku terasa indah di kala aku mengingati.. :)


For u my dear, hope u're the last one for me. No more after this ok..
suka duka kita harungi bersama ya. :)
satu lg, jgn ikut sgt perasaan tu.. i x pandai nak layan. :p


...part 2



Hehehe..
Jangan terkejut ye kawan-kawan. Sebenarnya cerita pasal aku dengan Si Ana nie bukan terhenti setakat tue jer. Ada lagi sikit. Aku nak jgk share dengan membe-membe semua apa yg jadi lagi.

Lepas Si Ana anta mesej yang agak melukakan hati aku yang rapuh nie, memang dari saat tu aku terus menyepi dalam hidup dia. Aku dah hilang keyakinan terhadap perempuan. Kisah percintaan aku dengan Ana merupakan kisah yang aku rasa sangat berharga sampai aku lupa yang aku masih bersekolah dan bercinta tak sampai 6 bulan dah cukup untuk aku merasakan Ana adalah perempuan terakhir yang akan bersama aku sampai akhir hayat.

"sampai hati kan sanggup buat aku macamni.." ayat ni la yang selalu hadir dalam hati aku sampai air mata jantan aku ni pon bole menitis.. Sungguh mendalam terasa..

Tengok la, mungkin ramai perempuan yang selalu cakap lelaki nie suka mempermainkan perempuan. Ubahlah minded tu.. Adakala insan yang bernama lelaki ni pon boleh tersentak dengan mainan perempuan.

Ok, stop dengan ayat-ayat pasrah tu.. hehe..

Aku putus dengan Ana lebih kurang tinggal lagi dua bulan nak start sekolah, kiranya nak masuk form 4 dah. Untuk sebulan tue, aku langsung tak contact dengan Ana. Tapi persekolahan still macam biasa cuma tak lepak dalam kelas dah la. Hari-hari keja merayau ja. Bila aku ternampak Ana, aku sedaya upaya lari dari dia. Aku taknak langsung bertembung dengan Ana.But at the same time, aku selalu tengok dia dari jauh.. Biarlah aku dengan angan-angan aku lagi..

Luka dalam hati nie langsung tak terubat. Makin hari makin aku terasa rindu nak kembali macam dulu, boleh bergurau-senda dengan Ana plus boleh manja-manja sket.. :)

Tapi dah tak ada dah orang yang aku nk bagi duit syiling.. dah tak ada bunyi telefon malam-malam sebelum aku tido. Dah tak ada dah ayat "basyeer ni..." yang slalu dia ucap bila aku bergurau dengan dia.. Tiba-tiba aku dah jadi macam org lain. Dah bukan diri aku sendiri.

Sedihnya waktu tu.. :(

Lepas aku putus dengan Ana, hari-hari aku ajak membe-membe aku melepak. Bila dengan membe, hilang semua rasa sedih. Time dengan membe la aku boleh jadi diri aku balik.. Tapi yang pasti, semua membe aku prasan yang aku still tak boleh terima kenyataan yang Ana bukan milik aku dah.

Sebenarnya tak pernah pon.. Anggapan aku je tu.. sedih lg.. :(

Keadaan macamni berterusan sampai la satu hari tu ada pertandingan merentas desa bermula dekat stadium Alor Setar. Aku mmg aktif sket bab-bab merentas desa nie. Memang champion la.. hehe.. Nampak ja aku ni kecik molek comel lote sket, tapi stamina boleh tahan tinggi. keke

Tiba hari acara merentas desa tue, awal-awal pagi lagi aku dah bangun semangat nak tunjuk bakat. Aku p sorang ja waktu tu. Tak ada pon geng-geng lain yang join. Kan aku dah cakap, aku nie hati kering. Sorang-sorang pon boleh jadi. hehe..

Acara pon start, macam biasa aku lari ala-ala joging dengan penuh macho.. Sampai la 8 kilometer lari, then tamatlah acara tu.. Dapat no brapa belas tah.. Tapi kira 1st la kalau ikut wakil sekolah aku. Bangga woo.. hehe..

Oke, dah habis bab lari-lari ni..

Kat stadium tu punya la ramai orang.. Ada banyak booth bukak, aku dah tak ingat merentas desa tu sempena apa. Lepas dapat sijil, aku pon jalan-jalan usha semua booth yang ada.. sorang-sorang.. Memang tak best langsung la, nak cuci mata pon jadi tak syok kalo tak ada membe. hehe..

Sampai la satu ketika tu, aku nampak kelibat perempuan. Dalam hati aku cakap "AIK,MACAM NAK KENAI.." Tapi dari jauh, tak perasan sangat. Dengan prasaan ingin tahu aku yang tinggi nie, aku pun pi la dekat dengan prmpuan tu..

Aaaa..sah dah.. bestpren Si Ana.. Budak sekolah aku jugak la.. Adoi, cuak dah aku.. risau kalau-kalau Ana ada sekali.. Terliar-liar mata aku cari kot-kot Ana ada berdekatan.. Dah puas aku cari, memang dalam hati aku agak konpem Ana tak join..

Rasa malas nak bagi bestpren Ana tu nampak aku, so aku pon blah la dari situ. Elok ja aku pusing belakang, Ana terpacak berdiri depan aku.

TERGAMAM SEKETIKA.

banyak saat jugak la aku tercangang kat situ. Belum sempat Ana nak bukak mulut dia, aku terus lari dari situ. Aku boleh perasan Ana nak cakap sumthin.. Malu beb.. tersangat malu.. Aku pun tak tau sebab apa aku rasa mcm tu..

arghh..! loser sungguh aku time tu..

Aku tersentak sampai la balik rumah. Lama aku duk pikir, mcmna la aku boleh terserempak dengan Ana tu.. pikir punya pikir aku pon terlelap. Time tu around 11a.m.. Dengan letih semua, mmg padan la aku terlena..

TETT TETT.. TETTT TETT...

Aku terjaga dari tido.. vibrate fon tu boleh tahan kuat, kalau tak ada vibrate just lagu saja mmg aku tak sedar la..

"Ana mintak maaf sangat.. Sepanjang kita dah break ni, ana rasa sunyi.. Basyeer langsung tak layan ana. baru skrg ana sedar yang ana sayangkan bsyr. Ana rindukan basyeer.. Boleh basyeer trima ana balik? "

omaigod...

lebih kurang macam tu la msg aku dapat.. Sebenarnya panjang lagi, dekat 3 pages! haha.. mana la aku nak ingat.. Tapi ending msg tu la buat aku terkedu sket..

"boleh basyeer trima ana balik? " ...

Time nie la aku terasa NIKMATNYA hidup.. untuk kali keberapa tah aku dah menitis air mata nie, tapi kali nie menitis sebab aku GEMBIRA.. ya, aku gembira sangat-sangat sampai aku terlena balik tapi dengan senyuman.. :')

Malam tu baru la aku reply msg tu.. Takkan tak boleh agak apa aku jwb kn.. :)

Setelah sebulan aku break dengan Ana, time ni lah baru aku rasa yang aku betul-betul dah dapat cinta sejati..cewah.. ayat nak hebat ja kn.. haha.. Rasa seperti dilahirkan semula! huhu.. Rasa macam terbalas cinta aku ni kat Ana.. walaupun sebelum ni aku tak dapat betul-betul cinta dia, tapi skrg aku dah rasa yang Ana nie dah betul-betul jadi milik aku..!

Bahagianya hidup aku.. pls..pls.. nak rewind lagi part ni.. bole x?
hehe..

...part 3




Aiseh..dah jadi cerpen pendek la pulak blog aku ni.. Boleh la lepas ni aku nak cuba tulis novel plak.. haha.. okey, ni kira episod last la.. Lepas ni kalau aku rajin aku tulis la lagi tapi tajuk baru pulak.. Mungkin pasal skandal awek lain. heee..

Hohoho..
Sweetnya cerita yg part 2 kan.. Ya, dunia ketika itu memang aku yang punya..! Bahagia time tue jangan tanya la, semuanya indah.. mandi basah lencun,tido nyenyak-punyak and makan pon asyik kenyang ja.. huhu. metafora disini.. :p

Kesinambungannya, cerita pasal bahagia tu melarat sampai la aku masuk form 4. Actually family si Ana ni sangatlah tegas. Kalau Ana balik rumah, memang jangan harap la aku boleh jumpa. Terseksa sebenarnya bila orang yang kita sayang ni jauh dari mata. Nak jumpa apatah lagi.. Tapi kesabaran dalam hati ni plus kecekalan nak kekalkan hubungan, aku redha je semua tu.. huhu

POSTO POSTO!!

Yeay! Surat sampai.. Kat depan tu ada nama aku and surat tu ada berkaitan dengan Sekolah Teknik. Aku dengan Ana sama-sama apply Sekolah Teknik. Dengan rasa sedikit nervous, aku bukak la surat tu dengan penuh kecomelan nak tahu skolah teknik mana aku dapat.

dubb dub...dub dubbb...

Yeay lagi! aku dapat Sekolah Teknik Alor Setar. Mmg first choice aku la tu. Selang sehari dua mcm tu Ana plak dapat surat..

Yeay untuk kali ketiga! Ana dapat sekolah teknik sama dengan aku.. Waduh-waduh.. terasa heaven sungguh bila dapat sekolah sekali. Nak tahu tak apa lagi heaven, kami dapat kelas skali..!

Woot woot! :)

Kami macam ada jodoh pulak kan. Tapi perasaan bahagia tu kali ni sekejap ja, hanya untuk 2 minggu kami kat Sekolah teknik tu. Dukacita dimaklumkan bahawa aku dengan si Ana ditawarkan masuk MRSM.. Tapi, MRSM berlainan..

Nak tolak, rugi.. Tapi kalau dah terima tawaran tu, aku risau pasal hubungan aku dengan Ana. Memikirkan masa depan masing-masing, kami pon bersetuju terima tawaran untuk masuk MRSM.. Start dari situlah aku boleh rasa, hubungan kami tak kekal lama.. Sebab aku kurang yakin dengan percintaan jarak jauh ni. Sebenarnya tak jauh pon, selang satu negeri saja. Tapi bila dah tak ada depan mata, macam-macam boleh berlaku.

Selama 4 bulan duk asrama kat mrsm tu, hubungan kami still okey, cuma dah jarang berhubung dah. Nak contact pon susah, masing-masing tak bawak fon. Freshie lagi waktu tu, malas la nak tunjuk lagak bawak fon. Memang terseksa abes la tak bole jumpa dan tak dengar suara Ana nie. Dah la balik umah pon 2 bulan skali.

arghh! mula la tekanan jiwa... darah muda kan.. haha

Ada satu hari tue, aku dapat tau Ana and her geng, Badan Wakil Pelajar (BWP) akan datang melawat mrsm aku. Bestnya aku rasa time tu.. At last ada jugak peluang aku nak jumpa si Ana ni setelah berbulan lamanya tak berhubung.

Hari yang aku tunggu-tunggu tue pon kunjung tiba. Warghh! Terasa rindu sangat-sangat dah aku kat Ana time ni. Camna la aku nak berdepan dengan dia nanti.. aik, malu pulak.. hihihi.. Dari pagi smpai la tghari Ana busy pulak dengan lawatan dia tu. Al-maklum la, pegang jawatan besar ni mmg mcm tu.. So aku tunggu jugak waktu bila la aku boleh jumpa dengan Ana ni.

tunggu...

tunggu...

dan tunggu..

Sampai la dekat petang tu dalam pukul 4 macamtu la,aku dapat tau yang rombongan Ana ada dekat dengan tempat guard. Nak balik dah pon..! aiyak!

ARGHH!! tensen seketika..

Aku bersama dengan pakaian prep baju berkolar tuck in plus seluar slack ni pon dengan pantas bergegas la pegi dekat guard tu dengan harapan aku dapat la jumpa Ana jugak.. Takdir dah tentukan, aku just dapat tengok Ana senyum dari jauh ja. Tak sempat dah aku pegi.. Dah nak naik bas pon..

oh...so sad.. :(

Aku melambai-lambai dalam hati.. Hasrat nak jumpa tak kesampaian.. Lepas tu, someone BWP dari mrsm aku jumpa aku sambil tersengih-tersengih..

"nah surat ni, Ana bagi" ucapan beliau penuh kasih sayang. hehe..

Walaupun sedih tak dapat jumpa Ana, tapi surat yang dia bagi dah cukup nak ubat hati aku yang kerinduan ni.. Dah lama aku tak tengok tulisan dia.. Tulisan sambung-sambung Ana tu terngiang-ngiang kat fikiran aku ni.. Cukuplah aku bgtau yang kandungan surat tu mengatakan yang dia, Si Ana ni RINDUKAN AKU..

Weee!!! Berbunga-bunga hati aku nie dapat surat tu.. smpai sekarang aku simpan lg surat tu..

So dari situ, aku dapat tahu yang Ana ni still milik aku.. Aku masih dalam hati dia.. Ternyata aku masih lagi belum bertepuk sebelah tangan.

Lebih kurang sebulan lepas tu, aku ada dengar ura-ura mengatakan yang Ana ada rapat dengan sorang laki yang dah buat aku mula rasa curiga sket and jeles ofkoz.. Dari mula-mula lagi sbrnya aku dah pasang spy dekat mrsm Si Ana tu.. Ada la reporter sorang dua kat situ.. Makin lama desas-desus pasal Ana dengan lelaki tu makin kuat..

Aku cuba yakinkan diri aku sendiri, positifkan semua benda-benda yang negatif and buang perasaan curiga aku pasal Ana dengan lelaki tu.

"tak mungkin Ana yang aku sayang sanggup nak melukakan hati aku kali kedua.." hati kecil aku berbicara..

Sampai la satu ketika tu, aku ada kesempatan nak mesej-mesej dengan Ana.. time ni aku dah bawak fon dah. Ana pinjam fon dari membe dia. Ya,untuk kali kedua aku dapat msg yang kali ni betul-betul mengguris hati aku.

"Ana nak kita stop dulu hubungan kita. Fokus dekat study dulu okey. Lagipun family asyik marah Ana duk berkapel ni"

Sampai sekarang, aku tak boleh menerima alasan nie... Aku bukanlah jenis yang merayu-rayu untuk orang yang aku sayang menerima aku. Kalau macam tu la suratan, aku terima dengan hati yang lapang.. Baru aku sedar, untuk kali kedua aku bertepuk sebelah tangan.

Impak kali nie lebih berganda daripada sebelum ni tambahan lebih kurang sebulan lepas tu aku dengar ANA DAH KAPEL DENGAN LELAKI TU..

itulah penamat untuk kisah aku dengan Ana ni.
skrg kami hanya berkawan biasa.

Ana, minta maaf sbb menulis pasal nie.
Sekadar luahan hati seorang lelaki.

Share  
This entry was posted on Friday, April 22, 2011 at 3:48 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

15 comments

ce cite dgn yang latest
baru lah gempak sket
orang yg baca ni pun rasa heavenn gilos tau
;p

April 22, 2011 at 3:54 AM

haha..slow2 la.. ikut turn.. byk lagi yang nk menyusul ni.. ehhehe..

p tidoq la cik riffa oi..

April 22, 2011 at 3:57 AM

lorh .. sad ending rupanya ...boleh buat novel nieh .. excited membacanya .. eh eh .. mrsm jugak ker .. mrsm mana bro ?? heee...

April 22, 2011 at 4:15 AM

okay dh habis, the end

April 22, 2011 at 4:33 AM

huhu..sdeynye....=(

April 22, 2011 at 7:24 AM

sedih la pulok,,
chill k,myb ade girl yg lbh baik drpd ana,,
waaaaa:'(
ase nk nangis tp x kuar air mte,,
ley wt nvel lak cter ni,hehe

April 22, 2011 at 9:43 AM

aiyaakkk...sad ending mmg tak best oo

April 22, 2011 at 3:02 PM

kau budak MRSM rupanya. heh,

wehh, kau ni memang jiwang ke hapa ha? hikhikhik. for sure, kau boleh terbitkan novel lah pasnih.

April 22, 2011 at 3:58 PM

sedih aku bce.. mengalir air hidung aku.. hahaha

April 22, 2011 at 4:17 PM
Anonymous  

bsyr,,,trm ksh untk crta ni...

April 22, 2011 at 4:45 PM
Anonymous  

jgn slah fakta takut ada org trasa..

April 22, 2011 at 7:23 PM

ni bukan pasal fakta.
ni pasal apa yang aku rasa.
aku tulis berdasarkan apa yang aku lalui.

tadak niat pon nak aibkan sesapa kt sini. Cerita dah lama.

tp kalau ada yg trasa tu or got any problem with any of my entries, just simply me know.

April 22, 2011 at 7:31 PM

hu3..masih bnyak ceritakan..kadang3 bila baca aq teringt tyme sekolah dulu..ha3..plawok3..;p

April 24, 2011 at 2:04 AM

seronok cite abg chedd nihh. cite lahh lagi :D

April 24, 2011 at 12:53 PM

oh ana..dush2..

May 8, 2011 at 11:29 PM

Post a Comment