The bad news spoiled the good news

Posted by Ched



Title atas tu status facebook aku tadi..

Alkisah...
Pukul 3 pagi td aku sampai Hentian Sentul tunggu Andy datang amek. Disebabkan dia baru bangun tido time aku baru sampai tue, so it been expected dia akan datang lewat sket. Lebih kurang 30 minit kemudian baru la dia sampai dengan Chot.

"ni dah prepare ka blom ni nak interview?" soalan yg aku dpt dr Andy lepas tengok rambut aku.

"hehe, telesales ja pon.. takkan kena gunting rambut bagi kemas jugak kot?? " soalan dibalas dengan soalan.

Chot pon mencelah "Ni hang tau dak etika nak keja? aiyaa, itu pon mau cerita kaaa.." ayat pedih aku kena.

Dah sampai umah Andy, semua barang aku sumbat kat bilik dia. Dengan ini secara rasminya aku jadi housemate dengan Andy. Tengok kat cermin dalam bilik Andy tu sambil terdetik dalam hati

"macho jugak aku rambut panjang.. takkan depa takmau kot? "

hehehe...

Dah berpikir panjang sket, aku pon amek keputusan untuk tanya Andy ada ka tak gunting rambut layer tu. "ADA DALAM TOILET TU" ringkas dan padat jwapan yg aku dpt.

shrupp shrapp shrupp shrapp

sikit demi sikit rambut aku jatuh berguguran atas lantai tu.. sayang ooo aku gunting rambut tue.. tapi kerja punya pasal, aku tabahkan hati aku yg suci ini.. Untuk pengetahuan pembaca tegar semua, aku mmg suka potong rambut sendiri. Aku baru pegi salun sekali ja dalam 4 taun ni kot.. Jimat dan memuaskan hati kalau aku sendiri yang potong.. hihi..

Selesai mandi semua, cermin pon diusha lagi skali..

"camna andy, ok p interview camni?"

"cantekkkk! ni baru nak keja" respon drpd Andy lepas tgk rambut baru aku tue..

wuu.. terasa muda plak.. Susah sebenarnya berambut panjang nie, nak kena bela elok-elok.. disamping tu, aku kena iron jgk kdg2 nak bg kemas sket.. Terpaksa la rembat kakak aku punya iron. Dulu aku igt pompuan ja pakai iron, skrg ni baru aku sedar... laki pon kdg2 terpaksa juga.. huhu

Jam menunjukkan 5 pagi. Resume tak buat-buat lagi.. adoi.. Dekat sejam jugak la aku buat nak bagi puas hati dengan resume tu. Dah settle, aku pon tido la..

trett tretttt! trett trett!

bunyi alarm yang aku set pukul 7.30 tu pon berbunyi.. ArghH!!! Sakit mata woo tido sejam ja.. Rasa pala otak macam nak tercabut pon ada.. adeh.. Dengan tabah hati enterprise, aku pon p mandi, iron baju and seluar. Tengah duk pakai semuanya tiba-tiba baru terperasan

"DAMN! Tali pinggang terlupa plak nak bawak" aku menjerit kat Andy dengan harapan dia ada extra untuk aku pakai satu.. Sebenarnya, malang betul-betul tidak berbau...... Sampai ati Andy cakap tadak..T_T

Chot pon masuk bilik dengan muka baru bgn tido selama sejam tue. "CHOT, ADA TALI PINGGANG LEBIH DAK?? MAI NAK PINJAM! AKU TERLUPA NAK BAWAK" cubaan aku pau tali pinggang chot pulak.

"ha, kat umah aku ada lebih satu. Satgi kita p amek" balasnya slumber..

yezza! hilang satu mslah..

Jam menunjukkan pukul 9 pagi time aku dah sampai umah Chot. Berbekalkan nasi lemak yang kami beli time on the way nak p umah chot tu, kami pon makan dengan lapahnya~ lapaq kot last makan 15 jam yang lepas. Macam orang gila dah perut aku time tu.

9.40 kami start bertolak menuju tempat untuk di interview. Kalut gila bawak, interview tu PUKUL 10pagi! tepat jam 10pagi kami sampai depan pjbt tu. Telefon staff yg offer job tu, dia pon suh naik..

"For interview right? give me all the forms and resume." pompuan indian yang jaga kaunter tu mintak semua dokumen. Aku dengan Chot pon bagi la..

"both of you fill this forms completely then give it back to me" arahnya lagi..

lepas 40 minit menunggu akhirnya aku, chot, pompuan malay sorg and dua org pmpn indian diarah masuk ke bilik interview. Time ni grouping interview.

DUP DAP DUP DAP..

*to be continued...

...part 2


"Hi! My name is Karen and im your interviewer. Nice to meet you guys"

Tu lata-kata aluan minah chinese yang cantik molek putih gebu yg nak interview kami tu.. Umur dalam lingkungan 27-30 macam tu la. Tergugat jugak iman bila tengok amoi depan-depan ni.. hihihi.. Dengan pantas dan menyakinkan semua orang pon balas la kata-kata aluan tu..

Lepas tu amoi nie tanya " ARE YOU GUYS OKAY SPEAKING WITH ENGLISH OR NOT? IF NOT OKAY JUST TELL ME AAA"

semua dalam group tu jawap okay except AKU.

"Aaa miss, can i speak both? mix together malay and english?"

"Wow, GOOD..GOOD.. berterus-terang.." amoi tu balas sambil buat muka terharu ada jugak yang sanggup ckp macam aku ni.. Aku pon sengih-sengih je la depan dia.. hikhikhik.. Bukan aku tak boleh nak speaking, tapi idea tak banyak bila ckp omputih ni.. But at least i still mixed both and spoke more in english instead of malay.

sebab malas nak tulis semua perbualan yang berlaku tu, aku masukkan part-part yang last je la ye.. :)

"Right now you are doing grouping interview, after this will be individual interview and the first one will be CHED. The rest can wait at the outside aaa"

Tergamam jugak la aku bila amoi tu ckp mcm tu.. Aku perkenalkan diri aku sebagai CHED sebab amoi tu susah sangat nak sebut BASYEER..haiyaa.. Then lepas tu suma yg lain pon tunggu la kat kerusi menunggu kat luar tu.. Adoi... Nervous makin bertambah bila aku dengan amoi tu ja dlm bilik interview. Risau jugak kang amoi tu amek kesempatan kat aku.. hohoho!

Hasil pemerhatian dan pertelingkahan yang berlaku waktu grouping tu, boleh nampak aku kurang bercakap. Kurang menonjol. 2 orang indian tu lagi la tak menonjol langsung. Asyik diam ja pastu berbisik sesama depa pulak.. Dari situ bole nampak la dua-dua indian tu mesti kena reject.. hehehe.. Yang paling menonjol Chot la, ckp konfiden gila babi dengan body language semua siap. Memang terbaik dari ladang! Kalau aku jd amoi tu pon mmg konfem dah aku amek chot jd pekerja aku. hihi..

AMOI : "Sekarang you dengan i saja. your face nampak konfiden, but im not satisfied with your communication skill"

aku : "erm.. well, im kinda a bit shy person" tersengih-sengih lagi aku lepas bg jawapan tu.

AMOI : "you dalam interview, mana boleh shy-shy. Nanti you dapat kerja ni macamna you nak buat kerja aa?"

aku : " that one you don't have to worry okay. I just need time to socialize with other. Once they know me, im pretty sure you will not regret" kata-kata menyakinkan yang aku simbah kat amoi tu.. hehe

"and one more, i do not believe in first impression" quote yg aku sendiri punya bagi kat amoi tu dengan harapan dia tau yang aku ni tak la sependiam dan pemalu seperti yang dijangkakan.. haha

AMOI : " I tetap tak puas hati lagi dengan you. Can you show me your strength? your skill?"

untuk sejenak aku duk terpikir apa la skill yang aku ada..

aku : " Leadership skill!"

AMOI : " how you gonna prove me?"

dengan pantas aku pon letak la semua sijil-sijil aku yang tersusun rapi dah tu depan dia. Aku bukak untuk dia dan tunjuk word 'PRESIDEN' yang belambak dalam sijil aku tu. Pastu aku siap tunjuk testimonial lagi yang berkaitan dengan kepimpinan aku ni. Untuk pengetahuan semua, aku tak la tamak kuasa sangat. Tapi time kat mrsm and sekolah dulu,mmg byk jawatan presiden aku pegang. Kat matrik pon ada, kat um pon ada.. Dah ada orang lain sudi vote aku, amek je la untuk tidak mensia-siakan.. hehe

Lepas amoi tu tgk, dia pon ada tunjuk muka 'berminat' nak amek aku bekerja.. cecece~ haha..

AMOI : " okay lah, you come here again at 2pm aa... for second interview. Don't be late! and one more, show more confident to the next interviewer and please talk a lot. Jangan tanya sepatah jawab pon sepatah aaa"

Oke, settle part ni.. p makan dekat depan stesen bas pudu pastu da dkt pkul 2 lajak ke ofis tu terus.

"Karen, give me the details' form of the interviewees"

ERKKKK!

terkejut aku tengok 'mamat' specky tu.. pakai kemeja, sluar slack, rambut pendek kemas, perut ada buncit sikit tapi suara.......................... POMPUAN

PENGKID fullstop

mati-mati aku igt laki.adoyai...

Then tak lama kemudian nama aku pon dipanggil.. Adeh, interviewer aku seorng perempuan berjiwa lelaki.. Bertambah nervous aku camna nak berhadapan~

Sesi temuduga untuk kali kedua pon bermula seperti biasa.. Soalan-soalan biasa pon diajukan..

"Can you act as a telesale and i'm your customer" soalan yang aku dah boleh agak cik abang kak nie bagi.

"Okay!" then aku pon buat-buat la bunyi telefon

"tuttt tutt..tut tuttt.. Selamat petang encik...blaa blaa blaa encik...encik...bla bla blaaa encik.. Camna, encik berminat tak?"

PAPPP!

Aku terbayang aku ketuk kepala aku sendiri.. kenapa??? kenapa?? kenapa aku cakap ENCIK? adeh...........................

(penat dah menulis.. tunggu sambungan.. hehe)

.....part3

Sambil mendengar lagu daripada Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir, aku pon terasa la nak sambung balik entry yang sebelum nie.. Layan lagu nie, best.. Rasa macam sedih-sedih dan menginsafkan kalau betul-betul amek feel dengar lagu tu. Aku share skali link utk download lagu opick ni. http://www.mediafire.com/?cdkj9yqwzhw

Kembali kepada kesinambungan entry lepas,

ENCIK??

Dalam pala otak aku nie tengah cuak dah apasal la aku p sebut encik kat interviewer nie. Mesti makan dalam punya dalam percaturan aku ni. Aku dah risau dah tengok muka dia macam dah berubah sikit... Tapi, untuk mengekalkan gaya seperti profesional, aku pon buat macam tak bersalah la.

"They told me that right now you're studying at UM. Then why you come here?"

fuhhh~
nasib baik dia teruskan dengan soalan tu. Aku risau je kalau dia mengamuk aku panggil dia encik..hihihi.. Atau mungkin dia suka dengan panggilan tu.. -_-'

"Yes! But i'm no longer interested to further my study. This is not the field that i chose, obviously this is far away from what i wanna be. I'm actually wanna further in medical not engineering. I talked to caunselor before this and he agreed with me"

Sorry... Aku terpaksa menipu sikit bila aku ada mention kat dia aku nak stop study. Memang betul aku dah macam kurang berminat nak study sekarang ni, tapi tak ada la sampai nak stop study. For whatever incoming, aku tetap nak habiskan degree aku ni. Walaupun dah nampak macam kena extend sem lg.. haiya..

Blablabla.. Blablabla... lebih kurang 15 minit jugak la aku kena interview tu..part last conversation aku dengan interviewer tu

"Actually you lack of confident. To be a great worker, you need to convince other but right now you are not convincing me.."
aku dah blur dah nak jawap apa bila dia ckp mcm tu.. aku diam je la sambil buat muka 'sy bdk masih baru belajar'

Lepas tu dia sambung "You wait at the outside okay".
aku pon kluar la dari bilik tue.. Hilang debaran kat jantung aku yang tidak berbelah bagi ni.. Dah boleh agak aku mesti tak lepas punya interview kali kedua ni.. Dengar ayat-ayat last dia pon dah boleh rasa hint yang dia tak mau amek aku bekerja.. hehe..

Aku pon tunggu la kat kerusi tu.. Tak lama kemudian amoi yang first interview aku tue datang and cakap

"To be honest, you're not selected for this job"

"Adoi.. Tu la, p agak lagi.. kan da tak dapat...padan muka" getus aku dalam hati.. hehehhe..

"BUT.... YOU WILL SEE ONE MORE INTERVIEWER. I'M NOT SATISFIED YET WITH THE RESULT. THIS TIME MAKE SURE YOU'LL GET THIS JOB AAAA"

Tersentak aku!

Terharu pon ada jugak.. Nampaknya amoi tu dah ada keyakinan kat aku.. Aku prasan yang amoi tu nak amek aku bekerja. Bagus betul amoi ni.. Kalau dia sebaya aku mesti aku bagi chance kalau dia nak ngorat aku.. hekhek

"You wait inside this room" amoi tu suh aku tunggu kat bilik interview mula-mula tue.. Dekat 20 minit jugak la aku tunggu sorang2 dalam bilik tu..

"who asked you to wait here" tanya pompuan indian yang jaga kaunter time bagi form details kat aku mula-mula tu dengan muka macam nak mengamuk.

"Karen!" aku jawap dengan selamba

"ouhh.. So you're not yet been interviewed? Wait ya. They are in meeting right now"

Selamba badak ja dia jawap.. Aku duk tunggu macam orang gila dah dalam bilik tu.. Walaupun 20 minit, tapi penantian satu penyeksaan.. Penat wooo.. Tapi takpa la, nasib baik kesabaran aku tinggi.. Dalam hati dah nekad aku nak buat yang terbaik kali ni.. Takkan aku nak sia-siakan harapan Karen kan.. hihihi..

"Alright.. So tell me about yourself."

Perempuan yang macam melayu and siam tu tanya aku. Sambil-sambil tu aku TERtengok la jugak betis and peha dia tu melalui meja kaca.. Sapa suh pakai skirt.. kan dah TERusha... TAK SENGAJA aaa.. hehe..

Blablabla..blablabla.. Aku taknak cita banyak laa..Nanti boring pulak nak baca.. hehe.. Aku bagitau jalan cerita ja. Interview kali nie memang aku cakap penuh yakin. Tapi hasilnya, pompuan tu ckp aku nampak yakin dan cool. Tapi yang dia nak adalah agressive! Dia nak aku tunjuk.. Adoi.. Aku pon tatau nak tunjuk mcmna. Tapi aku ada ja jawap aku ni jenis agresif jugak especially time nak tarik customer. Saja ja menipu lebih.. adik2 jangan menipu ya. Tak baik.. haha

Lama jgk interview kali ni. Tapi yang pasti, aku rasa interview ni la yg paling better skali drpd interview2 yang sebelumnya. Macam hampeh.. hihi.. Dah habis interview, perempuan tu pon suh aku tunggu lagi dekat luar tu.. Aku dah risau dah ni tak dapat..

Lepastu kan.. Datang dua amoi kat aku.

"Are you okay working with BSN opposite KLCC? " salah sorang tnya aku

YEZZZAAA! Mencanak meter kebahagiaan aku nie! Memang tak sangka jugak la aku akan dapat keja. Rasa macam berbaloi gila pergi kul 10pg balik kul 5ptg semata-mata utk interview. Pastu pulak dah la first time interview secara formal nie, sebelum ni jumpa bos ckp2 sikit settle. Tak adanya formal-formal ni.. hehe.

"YES, OFCOURSE!" laju jaaa aku jawap.. Memang tersengih dalam hati la aku time ni..Nak tunjuk muka cool kan..hihi..

"this monday you'll start training for 5 days. After finished training, we will give you check RM250"
waa..bestnya aku.. training pon dapat duit.. bule la aku nak tuka sport rim kat superbike aku tu.. tak la pancit kerap sgt lepas ni..haha..

Lepas tu aku jumpa Chot, dia pon dapat jugak. Tapi dengan PRUDENTIAL.. Aku mmg dah agak pon Chot mesti dapat punya, so tak hairan pon la..

Utk penengetahuan, tempat aku interview tu just recruitment place. Diorang cari pekerja untuk company-company lain. Sebab tu tempat-tempat bekerja berbeza..

Kalau korang perasan, ni la 'good news' yang aku maksudkan tu.. Memang perasaan yang sukar digambarkan.. Puas hati aku.. haha..

Dah sampai rumah, aku terus on9.. Nampak ayah aku on9, aku pon gtau la dia.. Pastu aku klik kat notification tue, aku nampak member kelas aku ada post kat dalam group. Aku dah agak nie mesti result exam..

"alahai, ada dua paper kena repeat.."

memang down betul la aku tengok result tu.. spoiled! Memang patut la aku cakap aku tak berminat nak stdy dah.. Pasni aku nak jumpa kaunselor la.. Mintak motivasi sket untuk belajar benda yang kita tak minat.. Malas nak tulis banyak-banyak.. Dah subuh pon nie..

Dengan itu tamatlah drama nie ye..


Share  
This entry was posted on Saturday, May 28, 2011 at 5:14 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 comments

cepat sambung cepat .. nak tau kesudahan dia .. HAHAHA.. pon boleh pengkid.. lol

May 28, 2011 at 5:59 AM

alaaaa! aku benci drama!! HAHA. cepat la sambung weyyy.

May 28, 2011 at 10:35 AM

so, dont u ever think a pengkid can't get a job to survive. LOL. aku dulu pun 'agak' G-punk (gila pangkat). sekarang tak dah.

May 28, 2011 at 9:49 PM

sambung2 lak...
cpatlah... bg habis buang..

May 28, 2011 at 9:55 PM

Post a Comment