sobs sob..

Posted by Ched

Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 10 malam dan jarak nak sampai kampung halaman aku lebih kurang 10 kilometer saja lagi.. Semuanya jadi kelam-kabut, resah gelisah dan tak tentu arah. Aku pon tak tahu kenapa jadi macam tu. Perjalanan diteruskan dan dengan rasa letih dan mengantuk yang amat sangat, aku kuatkan mata ni jugak dari tak terlelap. Aku taknak kejadian sama berulang.. Eksiden dkt highway beberapa bulan lepas.

Rumah sunyi, tapi dah tak ingat dah rumah sapa. Tak nampak macam rumah aku pon, tapi family aku semua ada. Ayah aku, mak tiri aku dan adik beradik aku semua ada. Tanpa bercakap banyak, aku terus tidur.

TIK..TIK..TIK..

Bunyi detik jam bergerak jelas kedengaran. Rasa macam zaman aku kecik-kecik dulu tidur kat rumah tok aku dengan jam besar ada kat depan. Igauan dan kenangan dulu-dulu kian terasa dan akhirnya aku lelap tanpa menyedari keadaan sekeliling lagi.

"Adik, bangun.. Subuh dah ni " suara ayah aku sayup-sayup kedengaran dekat telinga.

Berat kepala mengangkat, berat lagi mata yang memikul beban kemengantukan. Aku rasa mengantuk, letih semua ada. Aku pun bangun slow-slow dan tengok keadaan sekeliling. Perasaan pelik mula menyelubungi jiwa dan naluri aku ni. Rasa macam ada benda yang tak kena. Perasaan sayu, jiwa kacau dan pasrah tiba-tiba menyingkap tubuh aku. Pelik sangat rasa. Mata kian cerah, rasa mengantuk hilang sepenuhnya dan rasa ingin tahu kenapa jadi macam ni kian memuncak.

Aku keluar dari bilik.. " kenapa semua adik beradik aku ada kat sini? Siap bersila lagi semua.. " bentak dalam hati aku..

"Adik pi mandi, tukaq baju.. Semua dah ada kt sini dah." aku makin blur dah ni. Tiba-tiba semua adik beradik ada, duduk bersila dekat rumah, nampak mcm geng-geng tok imam pon ada jugak, then ayah aku suh p mandi n bersiap. Semuanya makin pelik dan janggal!

"ada apa ni ayah?" seribu satu persoalan muncul kat kepala aku ni..

.....penat dah tulis.. to be cont~

Share  
This entry was posted on Wednesday, March 21, 2012 at 11:06 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Bila nak continue nie???

July 10, 2012 at 10:42 PM

Post a Comment