Haluan kita berbeza

Posted by Ched






















"asal cepat sangat nak cari duit? Nanti org lain dah grad, hg x abeh² lagi.."
soalan yang salah sorang membe aku aju tadi..

Aku tak nak letak apa jwpn yg aku balas kat sini.. Rasanya lambat lagi isu ni nak abes.. ramai org mcm tertanya-tanya knapa aku pilih haluan yg berbeza dgn yg sepatutnya. Sebenarnya dlm diri aku ni ada satu harapan yang aku rasa tak ramai yg ada. Aku nakkan satu hari nnt aku pelbagai pengalaman utk aku ceritakan kpd org sekeliling. Betapa lain perjalanan hdp aku dengan seseorg yang lain.

Aku pilih untuk merasa khdpn susah skrg, bersusah payah untuk masa depan aku yang aku sndiri tak pasti apa akan jadi tapi aku boleh nampak something yang org lain tak nampak. Mungkin sebab tu ramai yang tak faham sebab apa aku pilih laluan ni.

Nak puaskan hati semua pihak, sgtlah susah. Jadi aku pilih untuk puaskan hati aku dan wktu yang sama aku tak menyusahkan org lain. Suma pilihan yang aku buat skrg semuanya aku dah buat perhitungan. Jadi tak jadi blkg kira, sebab tak ada siapa pon tahu apa akan jd masa depan.

Panjang lebar jugak entry kali ni, mesti bosan nk baca tu. hehe.. Sebenarnya aku nak tangguh sem shja, bukan terus berhenti belajar. InsyaAllah, bila semuanya dah stabil aku akan cuba habiskan degree ni semata-mata utk dptkan sijil tu..pastu lekat kat dinding rumah dgn gmbr pegang scroll... dan banggakan semua org dgn ijazah aku tu.. hehe.. Tapi tak salah rasanya kalau aku pilih jalan untuk puaskan hati family aku dengan cara lain. Dengan cara yang aku pilih skrg.

Tapi apa yang aku prasan skrg, semua orang mempunyai satu pandangan yang sama. Untuk berjaya, perlu ada sijil, perlu habiskan study, perlu dptkan sijil2 ataupun title yang dah cukup membanggakan semua org and at the same time kita sendiri pon tak tahu corak haluan hidup masa depan. Bukan aku nk perlekahkan degree,dip or semua sijil2 tu tapi bagi aku nk berjaya tak semestinya dengan ada semua tu.

Skop pandangan kebanyakan org terlalu kecil, iaitu melihat education hanyalah secara formal. Buat diploma,buat degree,buat master or buat phd. Tapi bagi aku, education bukan setakat melihat buku, study, tapi apa yg aku lalui sekarang pon adalah education. Cuma secara realitinya lebih kepada praktikal. Hari-hari aku on9,aku search mcm2 terutamanya bahagian trading. Cara nak cari barang, cara nk cari customer,cara nak tingkatkan jualan, cara nak rapatkan diri dengan orang, cara nk adaptasi dengan persekitaran,cara nak handle masalah, cara nak handle keadaan n mcm2 lagi. Hari2 aku jumpa org ni, org tu, mcm2 ragam. Melalui apa yg aku buat skrg ni jgk aku kenal ramai org, dari tiada pangkat sampailah berpangkat Dato. Macam2 cerita,motivasi dan kta2 smgt yg aku dpt. Jujur aku ckp, apa yg ak bljr skrg sgt bermakna utk masa dpn.

2 hari lepas, time Dr Arif hantar aku balik rumah, mcm2 dia tanya aku.. Ayat yang paling aku igt

"awak ni lebih dewasa dari usia"

Share  
This entry was posted on Thursday, April 26, 2012 at 2:16 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

bangga dgn anda, ched. teruskan usaha anda.

April 29, 2012 at 4:21 PM

Aku pernah cakap benda tu.. ayat last skali tu long time ago. U might forget already. But I understand what your path is all about. I know u gonna make it, I know u will reach the top like everyone does. Just using the different direction. I know all my closest friends will succeed. I praised in every single sujud that you and the other one is going to reach the top. Insya'Allah

July 4, 2012 at 2:37 AM

Post a Comment