Sekian lama.

Posted by Ched

Hellu guys..


Dah 10 ari tp rasa mcm lama sgt aku tak update blog nie. main reason aku x update adalah masalah internet tak ada. Rumah aku tu kalau tak bole ja nak on9 guna streamyx yang telah dihack, tp modem pulak dah entah hilang kemana. So aku pon jd mls la nak on9. 2 3 ari baru aku on9 and rite now aku kat umah ezad, sini ada sumber internet.


Sepanjang duk kat rumah nie ada jgk la aktiviti yang menceriakan. 3 ari lepas aku dengan member2 penang mandi pantai sambil memancing. Ikan tak byk kat situ, dpt dalam 5 ekor je kot. Then lepas g mandi tu kami p karok pulak 2 jam. lebih kurang 1 pg baru betolak balik umah. Gmbar nnt akan diupdate.


ok,itu mukadimah untuk entry kali ni. As usual, aku lebih berminat untuk menulis perihal-perihal kenangan lama untuk disumbat, bukan aktiviti harian. And here, the title of this entry

---------------------------------------
Title: How i miss u.                     |
---------------------------------------


Lokasi : Rumah lama dekat Pokok Sena, kedah.


WIUUU WIUU WIUU ~


Kapal terbang kertas yg aku pegang tue aku duk bwk2 kononnya tengah terbang sambil duk buat bunyi kat ats tu. Habis satu rumah tu aku jelajah bwk kapal terbang tu dengan larian kecil. Tangan kiri aku plak tengah pegang pistol, sambil duk main tembak-tembak.Jam kat dinding lebih kurang dalam pukul 11 pagi.


Tu la aktiviti seharian aku time aku 4 taun rasanya. Rumah yang kami sekeluarga duduk tu pon rumah pejabat. 2 tingkat, bwh ofis tempat ayh aku keja, ats kira rumah kami la. Senang ayah aku duk p keja ari2, juz turun bwh. Tp ayh aku cuma pkerja, bukan bos. Kalau bos mesti dah duduk kat rumah banglo depan ofis tu. Tapi tak kisah pon, aku bukan reti lagi berpikir dengan waras time tu.Tengah comel lg kan~


"adik, jangan la bising sangat. Cuba duk diam-diam sikit. " ucapan yg keluar dari mulut mak aku yang tengah sibuk duk lipat baju.


Dengan nada merungut, aku balas balik " ALAA MAMA NI, BUKAN BISING PON."


Time tu semua kakak and abang2 aku semua ada kat sekolah. So sbgai anak bongsu, tgl aku and mak aku ja la. Aku tadak pon kawan2 kat situ, so rumah and mainan yg serba sedikit tu la yg jadi kawan aku time kecik2 dulu.


Frankly speaking, kecik-kecik dulu mainan aku sikit sgt. Aku jenis tak suka mintak menan2 ni suh ayah aku beli. Kalau pegi supermarket and nampak ada menan yg aku minat, aku just usha ja dr jauh.. Ada sampai waktu tu


"pilih la nak yang mana.. bgtau ja kat ayah adik nak apa"


tgk tu, smpai ayah aku sendiri yg paksa aku pilih nak menan apa. Nostalgia sgh time aku kecik2 dulu. Bukan aku tak berminat dengan menan2 nie, tp aku just taknak menyusahkan ayah aku. Sebab tu aku tak mintak. Walaupun kecik, tp rasa mcm dah matang. hehehe..


Balik ke cerita asal time aku duk main kapal terbang kertas sorang2 tu.

Sambil duk main-main tu aku duk terpikir la jgk nk pegi rumah tok(nenek) aku. Kat sana ramai budak2. Ramai geng seangkatan yg boleh diajak bermain. Main sorang-sorang mmg membosankan.. Aku cukup suka kalau parent aku ajak pegi sana.


Tengah aku asyik leka duk main sorang-sorang tu,


PANGGG!


Dari syiling bumbung tu sampai la ke lantai jatuh. Memang kuat la bunyi kipas tu jatuh. Sebelum ni duk bunyi krekk krokk krekk krokk ja time kipas tu pusing. Tak terjangka la pulak akan jatuh kipas tu. Sejurus lepas kipas tu jatuh, aku dengar mak aku menjerit. Kuat bukan main..


Depan mata aku kipas tu jatuh. Kalau jatuh saja takpa, mungkin aku just tergamam and terpinga-pinga, tapi situasi waktu tu mmg rasanya tak bole diterima akal. Mcm hilang akal, aku just tgk ja darah mengalir kat leher mak aku tu. Bilah dari kipas yg jatuh tu mcm toreh leher mak aku, sbb tu mak aku menjerit.


Aku budak-budak lagi kan waktu tu, so aku just tgk ja mak aku menangis. Dlm 10 saat kemudian tu baru la aku nmpk kelibat ayh aku naik. keadaan jadi sgt pantas sampai aku pon tak sedar ayh aku dah angkat mak aku masuk dalam keta Mr.Bean yg ayh aku beli. Mmg sama mcm mr.bean pon keta tu, kaler hijau jgk.


Ayah aku bwk kami p hospital. Mcm dlm drama, aku dengan ayah aku tgu kat luar tempat menunggu tu. Sekejap ja mak aku dlm bilik kecemasan tu, then doktor pon keluar. Boleh nmpk muka cemas and risau ayah aku tue.


"jangan risau, memang sgt nasib baik sbb kipas tu tak potong urat kat tengkuk tu"


lebih kurang mcm tu la doktor tu bagi ayat. Lega terus ayah aku. Aku pon lega jgk.. hihi.. Mananya doktor tu tak ckp SGT nasib baik, dah berdarah pon leher mak aku tu.. cuma tak kena urat ja.. Kalau tak dah memancut keluar darah..


Sampai sekarang aku mmg trauma sket dengan kipas. Cukup risau bila aku tido betul2 bawah kipas. Tambah-tambah kalau ada bunyi krekk krokk krekk krokk siap.. Wuuu..takot..takot.. Risau kejadian sama berulang lagi.


Exceli aku nak update entry ni time mother's day aritu. Tapi tak berkesempatan. Time mother's day tu pon aku duk cari gambar2 mak aku nak letak as profile picture, tp tak ada la pulak.. semua gambar time aku form 3 kebawah semua hilang dek kena format komputer kt rumah tu.. Mmg pasrah abeh la byk gambar kenangan ada dalam kmputer tu. So aku pon letak la gambar kartun yg aku search dlm google tu.


Bila la boleh merasa donut yg mcm mama slalu buat dulu.. and one more, dah lama anakmu tak pegi melawat.. haihh..

Share  
This entry was posted on Saturday, May 21, 2011 at 5:22 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

8 comments

perhh . mesti sakit kena dekat leher T.T . dpat merasakan ngilunya .. aduhhhh

May 21, 2011 at 6:30 AM

kesian kat mak ched...tak dapat nak bayangkan macam mana sakitnya....huh

May 21, 2011 at 8:23 AM

weh sumpah tacing!

p/s: ayat last jugak palingggg MENUSUK ok. :)

May 21, 2011 at 11:57 AM

mak aihh. kipas rumah lama aku dlu pun dok krekk krokk krekk krokk jugak. nasib la selama duduk situ tk jd apa lg

May 21, 2011 at 12:34 PM

alhmdulillah tak kene kat urat .. huHu

May 21, 2011 at 3:53 PM

santainya gambar :)

May 22, 2011 at 2:52 AM

tak sangka pulak kipas boleh betul2 tercabut

May 23, 2011 at 12:32 AM

hahaha..dah besar dah tu..main lagi kapal terbang getah

May 23, 2011 at 5:12 PM

Post a Comment