Tekanan perasaan.

Posted by Ched



"Ok guys, we stop our lecture here. Continue next week."

Lecturer chinese tu menamatkan kelas seperti biasa. Tak ramai sgt pon dalam kuliah tu wktu tu, rasa macam beberapa jemput orang je yang ada. Tak kisah lah. tapi yang aku perasan, kat sebelah aku ada Zahid, member classmate aku.

Elok saja dah habis kelas, bunyi riuh rendah macam biasa la. Aku rasa aku duduk kat baris yang agak belakang la, so kena melepasi banyak jugak baris-baris kerusi yang ada.

"Woi, rilek laa! tunggu aku"

Tiba-tiba ja Zahid laju lari naik atas meja dalam kuliah tu lari turun bawah. Pelik pulak aku tengok budak sorang nie.. Tapi aku lagi pelik, boleh pulak aku pon ikut sama. Itu tak cukup pelik lagi, yang paling peliknya aku lari atas meja tapi berpusing merata. Mata aku ni macam baru lepas minum ubat batuk 10 botol..! Jadi mengantuk tahap dewa tambah rasa pening gila babi! Aku nak pijak meja depan pon amek masa lama..

APA SUDAH JADI NIE! gertak dalam hati aku.

Setelah aku rasa macam sekian lama sangat, barulah aku sampai kat bawah.. Dah nak sampai ke pintu keluar pon. Aku pon berjalan la pi kat pintu nak keluar tu, tapi asyik jatuh saja.. Jalan sikit jatuh. Jalan sikit jatuh... Rasa tension+stress yang amat sangat! Mata masih begitu kuyu.. susahnya rasa nak bukakkkkk....

"err,sory.. saya tak nampak ada barang awak ni"

ayat yang keluar dari mulut aku lepas aku baru perasan aku jatuh sebab aku duk tersepak barang budak pompuan sebelah aku ni.. Tiba-tiba dia datang.. asal aku tak perasan pon kelibat-kelibat barang dan budak pompuan tu td..? -_-'

"meh saya tolong awak angkat almari ni ye. Nak letak atas troli ni ke? "

arghHHH! tiba-tiba pulak dah aku baru prasan ada almari dan troli kat depan aku ni.. Pompuan tu pon senyum ja kat aku, tak prasan la plak cun ke tak.. huhu

Apahal ni aku nak angkat pon tak boleh. Tangan aku nak pegang bucu almari tu pon tak lepas. Rasa macam gelong dah kepala aku nie. Lama sangat rasanya aku amek masa nak pi angkat almari tu.

"awak, saya rasa saya pening sangat la.. saya tak boleh nak angkat barang awak ni.. Saya pon tak tahu kenapa.."

aku dah masuk tension+stress tahap ke cipan yang paling besar dah ni..! Tak tahu la kenapa benda simple tu pon aku tak boleh buat.. Aku nak celik mata ni lagi la susah. Dah teruk sangat-sangat dah ni rabak mata aku.. Ouchhh, terasa aku nie sangatlah LOSER bila tak bole nak tolong pompuan ni angkat barang. Last-last skali aku nampak dia duk gigih angkat almari tu sendiri walaupun banyak kali dia mencuba tapi tak boleh. Lantak dia lah....

Tapi aku tak putus asa lagi, aku cuba bukak jugak luas-luas biji mata aku ni.. Kejap-kejap aku prasan macam ada bantal depan aku nie. Datang mana pulak dah.. -_-'
tak apa, aku cuba lagi.. Tahan punya tahan, DAMN! Barulah aku prasan aku dah kembali ke alam nyata.. Mimpi yang membuatkan aku rasa sgt seteeeresssss! Aku dah bangun pon aku rasa seeeteeeressss lagi. Tu yang aku terus nak menulis tu.. 

Maybe sebab aku pakai contact lens+rasa penat smlm tido brapa jam je. Tu yang rasa macam berat sangat nak bukak mata aku ni. Aku letak kepala kejap je kat katil td terus terlena..


Oke, adios.

Share  
This entry was posted on Monday, October 3, 2011 at 2:08 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

untung la kalo dapat mimpi macam tu..haha..nice=)

October 3, 2011 at 9:48 PM

hahah^^

awat mcm ta menyempat je kau nihh?

lens pon ta smpt na bukak.

ish2

October 4, 2011 at 5:22 PM

Post a Comment