Beban..

Posted by Ched

Beratnya rasa bahu ni... :'(


Share  

Next..

Posted by Ched

Study?
rasanya dah hancur... mungkin jodoh dgn berbisnes lebih kuat

hari2 penat..letih.. x abes2 mengadu domba x larat.. nasib badan la bila dah pilih untuk hidup cara ni, but i think its worth for the future. biarlah penat sikit skrg, tp nnt boleh rasa senang..

alhamdulillah, skrg pon dah rasa senang sikit.. kalau dulu takat boleh sara hidup sendiri, skrg ni da mampu nk  belanja org lain mkn skali. kalau dulu slalu letak dlm tabung derma kat masjid tu singgit, skrg ni alhamdulillah da mampu nk letak lebih lg..syukur.. Dlm hati ni sentiasa berharap boleh share rezeki yg dpt ni dgn semua org.

Bila da terjebak dgn bisnes ni, ari2 mesti ada idea baru pasal bisnes. kalau la ada kudrat utk bwk buku sentiasa lps tu setiap kali ada bisnes idea yg muncul terus tulis, dah boleh buat satu buku dah ni.. hehehe. Coming soon, blog ni akan dipenuhi dgn bisnes idea sja.. nasib la sapa yg jemu membaca tu. :p

yang pasti, ramai yg masih blur dgn status khdpn aku skrg ni.. makanya, aku nk terus terang saja la kat sini.

start bulan 2 tahun 2012, aku dah start fokus bisnes. hari2 bz, smpai tak boleh nk fikir pasal study lg. Then amek keputusan untuk tangguh dulu, so kelas pon dah tak pergi dah.. Dalam bulan 3 tu jugak, aku di offer untuk jadi IT executive dgn gaji sebanyak XXXX... Study pn tak abes lg, dah dpt gaji lebih kurg fresh graduate degree. Dengan rela hati, aku pon terima. Ni dah dikira 2 in 1 sebab aku byk buat bisnes on9, jadi banyak guna internet la.. Alhamdulillah, syukur.. ada monthly basic..

CHENGGG!!! $

Bisnes masih diteruskan, cuma skop bisnes makin bertambah. Setiap hari makin bertambah bisnes n projek yg dpt. Projek?? yup.. Sbgai IT makan gaji kat situ, aku byk buat kerja design graphic n lps tu kena print kn design2 tu ( flyers, banner, banting, baju etc..) .. Disebabkan sebati dgn bisnes, aku offer la kt bos aku yg aku pon buat bisnes printing jgk.. Penat lelah saban hari mencari kedai yg buat printing n dpt bg harga agen yg terbaik.. Dari situ, bisnes aku makin berkembang.. Dari gajet kecil2an, aku tambah kepada servis printing..


CHENGGG!!! $$


Company makin maju, bos aku bukak byk ofis lg.. Disebabkan ofis baru n brg kelengkapan IT x ada, aku offer lg bos aku yg aku boleh supply brg2 komputer kt office (pc, printer etc).. Penat lelah kembali lg mencari supplier yg boleh bg harga terbaik dan akhirnya dpt jgk.. Dari situ, bisnes aku makin berkembang lagi.. Dari gajet kecil2an dan servis printing, aku tambah kepada supply kelengkapan IT ofis..

CHENGGG!!! $$$

setelah 3 bulan dkt company tu, aku ditransfer ke anak syarikat yg buat Umrah. iUmrah Rakyat... masih lg sbg IT executive cuma dinaikkan sikit gaji.. alhamdullillah.. Company ni baru nk setup, baru nk naik. Selesai setup semua brg2 ofis, aku baru terdetik dalam hati nak tambah lg skop bisnes.. Supply kelengkapan ofis (a4 paper, alatulis, kerusi, meja etc).. Lagi skali, penat lelah diteruskan dan akhirnya dpt jgk daftar jd dealer untuk brg2 alatulis.. Dari situ, bisnes aku makin berkembang lagi dan lagi.. Dari gajet kecil2an, servis printing dan supply kelengkapan IT ofis kepada supply barangan kelengkapan ofis.. bkn IT shja lg dah,, alhamdulillah..


CHENGGG!!! $$$$

Bila duit makin bertambah, bisnes jual beli enset terpakai yg dah lama aku buat ni makin bergiat aktif sbb makin byk modal, makin byk stok 2nd boleh cari. Skrg ni gajet terpakai kira bisnes utama la.. Bila dah mula main dgn supply2 ni, aku pon mula promot secara halus customer2 untuk amek brg secara borong. Dari brgan gajet, aku tambah kepada perfume dan aksesori2 lain. Kiranya order secara borong sja. Alhamdulillah, rezeki dimana-mana..


CHENGGG!!! $$$$$



Bila berbisnes ni, networking bertambah dgn cpt.. Kilang printing yg aku slalu deal ni letakkan nama aku dalam satu tender MARA dan rasanya da hampir nak lulus.. berharap la semuanya berjalan lancar.. Dari situ, aku mula terdetik lagi untuk start apply tender dgn company. Skrg ni dlm proses nk kukuhkan modal dlu sbb tender ni slalu guna duit byk. berdoalah semoga aku dimurahkan rezeki..


Apa yg aku buat semua ni, susah payah selama ni, yg utama skali aku nak sumbat sebanyak mungkin ilmu bisnes ni dlm diri aku dgn harapan satu ari nnt aku dah tak pyh nak berbisnes lagi dah, tapi jd konsultan pulak.. ajar n bg kursus kat sesapa yg nk start buat bisnes dari kosong smpai la ke tahap boleh hidup sndiri n tak susahkn org lain dah malah boleh berjasa kat org lain.

Aku akan terus berada kat company ni selagi aku nampak projek2 yg bakal aku boleh sedut.. Tapi yg pasti, tak lama dah.. hehe..

Assalamualaikum..

*"CHENGGG!!! $$$$$" bunyi duit masuk ke dlm mesin.. HIHIHI!





Share  

Oh senyuman. :)

Posted by Ched

last week pergi mimtak borang utk tangguh sem, tapi tak dapat. Tapi takpa lah, alang-alang dah dkt sebulan lebih tak pergi kelas ni harap2 nnt dpt lah call dr dean

"sy bg kamu cuti rehat 3 sem.."

harapan... hihihi...

Kalau tak dapat call, maknanya exam maybe still bole jawap.
jadi aku akan jawap dengan penuh senyuman without feel any stress sprti sem-sem lalu. :)

Aku suka dengan kehidupan aku sekarang.
tak ada apa-apa jaminan pon utk masa depan, tapi dengan usaha pasti akan membuahkan hasil.

"tak ada kejayaan di dunia ni, tapi pencapaian. Kejayaan hanya di akhirat nanti,di dunia kita hanya akan mencapai ke arah lebih baik atau sebaliknya."

Share  

Haluan kita berbeza

Posted by Ched






















"asal cepat sangat nak cari duit? Nanti org lain dah grad, hg x abeh² lagi.."
soalan yang salah sorang membe aku aju tadi..

Aku tak nak letak apa jwpn yg aku balas kat sini.. Rasanya lambat lagi isu ni nak abes.. ramai org mcm tertanya-tanya knapa aku pilih haluan yg berbeza dgn yg sepatutnya. Sebenarnya dlm diri aku ni ada satu harapan yang aku rasa tak ramai yg ada. Aku nakkan satu hari nnt aku pelbagai pengalaman utk aku ceritakan kpd org sekeliling. Betapa lain perjalanan hdp aku dengan seseorg yang lain.

Aku pilih untuk merasa khdpn susah skrg, bersusah payah untuk masa depan aku yang aku sndiri tak pasti apa akan jadi tapi aku boleh nampak something yang org lain tak nampak. Mungkin sebab tu ramai yang tak faham sebab apa aku pilih laluan ni.

Nak puaskan hati semua pihak, sgtlah susah. Jadi aku pilih untuk puaskan hati aku dan wktu yang sama aku tak menyusahkan org lain. Suma pilihan yang aku buat skrg semuanya aku dah buat perhitungan. Jadi tak jadi blkg kira, sebab tak ada siapa pon tahu apa akan jd masa depan.

Panjang lebar jugak entry kali ni, mesti bosan nk baca tu. hehe.. Sebenarnya aku nak tangguh sem shja, bukan terus berhenti belajar. InsyaAllah, bila semuanya dah stabil aku akan cuba habiskan degree ni semata-mata utk dptkan sijil tu..pastu lekat kat dinding rumah dgn gmbr pegang scroll... dan banggakan semua org dgn ijazah aku tu.. hehe.. Tapi tak salah rasanya kalau aku pilih jalan untuk puaskan hati family aku dengan cara lain. Dengan cara yang aku pilih skrg.

Tapi apa yang aku prasan skrg, semua orang mempunyai satu pandangan yang sama. Untuk berjaya, perlu ada sijil, perlu habiskan study, perlu dptkan sijil2 ataupun title yang dah cukup membanggakan semua org and at the same time kita sendiri pon tak tahu corak haluan hidup masa depan. Bukan aku nk perlekahkan degree,dip or semua sijil2 tu tapi bagi aku nk berjaya tak semestinya dengan ada semua tu.

Skop pandangan kebanyakan org terlalu kecil, iaitu melihat education hanyalah secara formal. Buat diploma,buat degree,buat master or buat phd. Tapi bagi aku, education bukan setakat melihat buku, study, tapi apa yg aku lalui sekarang pon adalah education. Cuma secara realitinya lebih kepada praktikal. Hari-hari aku on9,aku search mcm2 terutamanya bahagian trading. Cara nak cari barang, cara nk cari customer,cara nak tingkatkan jualan, cara nak rapatkan diri dengan orang, cara nk adaptasi dengan persekitaran,cara nak handle masalah, cara nak handle keadaan n mcm2 lagi. Hari2 aku jumpa org ni, org tu, mcm2 ragam. Melalui apa yg aku buat skrg ni jgk aku kenal ramai org, dari tiada pangkat sampailah berpangkat Dato. Macam2 cerita,motivasi dan kta2 smgt yg aku dpt. Jujur aku ckp, apa yg ak bljr skrg sgt bermakna utk masa dpn.

2 hari lepas, time Dr Arif hantar aku balik rumah, mcm2 dia tanya aku.. Ayat yang paling aku igt

"awak ni lebih dewasa dari usia"

Share  

rezeki..rezeki..

Posted by Ched

Sebenarnya pagi tadi bukan ada sangat duit dalam poket.. kat tangan ada dkt 3 biji enset utk di letgo, pastu ada lagi pulak banyak projek2 yg terlepas..

tapi kan..

Allah maha pemurah..

Dari dulu, sampai la sekarang bila aku perlukan sangat-sangat duit,
aku keluarkan duit aku yg ada.. Penah sekali tinggal dalam poket 2 ringgit, 2 ringgit tu jugak aku keluarkan.
dengan niat Allah akan curahkan berkali ganda kat aku..

Alhamdulillah, Allah tak pernah kecewakan aku dengan limpahan rezeki. Walaupun tak banyak mana, tapi berkali-kali ganda nilai dari yang aku sedekahkan tu. Bukan niat nk bangga, tapi cuma nk menunjukkan tak ramai sangat antara kita yg selalu bg sedekah.

Ada yg selalu merungut

"eh, kaki ada tgn ada, boleh jalan semua tp duk minta sedekah lagi"

"alah, ni mesti buat-buat buta ja ni mntak derma"

NIAT tu yang penting.. Biar la org tu betul2 perlukan derma ataupun sja2 nak menipu cari duit, tu antara dia dengan Allah.. yg penting niat. Kalau bab2 sedekah ni, mmg aku jrg sgt berkira. Sebab aku kesian dgn org yg  susah ni.

Aku juga kenal dengan seorang usahawan ni dan dia banyak kongsikan pengalaman dia dengan aku. Dia mmg suka buat amal jariah, derma sana sini, tlg org2 susah,tapi yang paling ketara aku nampak, dia berebut-rebut untuk belanja sarapan pagi. Lepas tu dia pon ada cerita kat aku, bila kita belanja org lain brekpes, kita secara tak langsung bg tenaga kat org lain utk bekerja seharian. Dan secara tak langsung jugak, sedekah kita tu sangat bermakna.

Skrg ni aku pon da pasang niat kat hati, kalau ada duit lebih sket aku nk slalu blnja org mkn. Sampai sekarang aku percaya, lagi byk duit kita sedekahkan, lagi berkali ganda rezeki masuk..

itu shja tazkirah utk post kali ini.
assalamualaikum. :D

Share  

my idol..

Posted by Ched

50 fakta menarik, kisah dan prinsip hidup idola aku..
..........................

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-Semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.



.......

tinggi impian aku ini.. hopefully, i can reach even half of it and should be enuf for me to feel proud of myself.

"Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok"
 ......

Share  

Risiko.

Posted by Ched

Tadi aku punya bakal sharepartner dah ragu-ragu dengan pendirian dia. Dia risau dengan bisnes yg bakal kami jalankan tu sebab dia takut sekiranya berlaku kerugian, kami sebagai pemegang saham mesti akan tanggung skali kerugian tu..

Inilah apa yg aku cakapkan risiko. Dengan pnjg lebar dan non stop, aku berceloteh la kt fb chat tu.

ini la risikonya..
bila berbisnes
kecik2 dulu
bsyr slalu amek risiko
repair keta control sndiri
ada yg mnjadi
ada yg x jd
kdg2 kena marah jgk dgn ayh
lps tu kalau ada problem apa kt moto
bsyr amek risiko jgk
cuba repair sndiri
dari elok
bukak semua smpai bogel
last2 pasang x jd
ada je yg x betul
kena marah
pastu ada paip2 rosak ke kt umah
ada bocor ke
almari nk terkeluar ke
bsyr sndiri amek risiko
repair
bole x bole lantak la
tp niat nak mencuba tu sntiasa ada
lps tu da masuk form 4
bsyr amek risko
keluarkan duit dlm asb
500 yg ayh bsyr tlg simpankan tiap2 bulan
abes licin akaun asb tu
beli barang
butterfly massager tu
x penah jual pn sbnrnya
tp niat nk berniaga
strategi suma pemasaran da pikir
cuma x buat je lagi
then amek risiko jgk beli borong
alhamdulillah
bsyr boleh jual semua
bila da start bisnes enset
bsyr amek risiko nk try bljr repair enset
nk repair, kena korbankan enset
so bsyr amek risiko lg
proses sndiri enset bsyr
bogelkan
n alhamdulillah
bsyr brjaya
hasil dari risiko tu sbrnya
dia ajar kita mcm2
ramai org x brani amek risiko
sebab takut benda buruk berlaku
yup mmg betul
tp bila bnda da buruk berlaku
itu da mngajar kita
utk hadapi lg in case berlaku masa hdpn
smpai skrg
bsyr amek risiko
hari2 bsyr bermain dgn risiko
kdg2 duit ada 3 4 rgt je
sebab beli brg mcm2 sgt
borong ni
borong tu
bsyr balik kedah mgu lepas
duit dlm poket tgl 12 rgt je
dlm bank semua kosong
alhamdulillah
bsyr berjaya jual brg jgk wlpn ada kt kedah
bsyr amek risiko berhenti blajar
bkn sebab bsyr rugikan atau sia2kan benda yg ada
tp bsyr gunakan peluang yg ada
opportunity
hdp dgn risiko ni mematang kn kta
cara kta pikir
cra kta amek tindakan
kenapa nk ragu2 lg dgn apa sja peluang yg ada
use it
perasaan ragu2 tu
kena buang
jd x jd blkg kira
at least we will learn sumthin
in case bisnes ni x menjadi
adeh
pnjngnya berceloteh
hihihih
sory..


For those who read this, what will u reply?

Share  

Errr.. Otak kanan?

Posted by Ched

Secara lahiriahnya, kebanyakan orang menggunakan otak kiri ataupun lebih dikenali dengan panggilan left-oriented brain. Saja ja nk update post kali ni just nak share sikit ilmu yg aku dapat dr orang lain. Tak ramai yang sedar betapa hebatnya kita kalau guna otak kanan. Terima kasih kepada En. Daing, orang yg paling banyak sgt membantu aku terutama dari segi bg motivasi kat aku. Kalau korang sndiri yang dgr cmna dia ckp, mesti terpegun. :D

orang yang guna otak kanan ni selalunya jenis yang gila-gila sikit dan selalu berfikir out of the box. Contohnya, kalau ada org tunjuk straw kat kita n tnya ni benda apa, mesti semua orang akan jawap straw,penyedut air,plastik isap air dan seumpamanya.

Tapi bagi org yg guna otak kanan, dia akan bg jwpn yg org lain sndiri tak terfikir. Contohnya, straw yg ditunjuk td tu dia jawap senjata ; sebab boleh cucuk mata, cungkil gigi ; sbb boleh cungkil gigi, pengikat ; sbb dgn straw jgk kita boleh ikat sumthin.. rite? ni cuma simple example saja, byk lg sbnrnya yg kita sndiri kbyakan lgsg tak terfikir.

Nanti sedikit sebanyak aku nk cerita dalam post2 akan dtg pasal En Daing. Orangnya sgtlah hebat.. Aku tringin nk jadi mcm dia sbnrnya.. baru umur 20 tahun dah berjaya jd jutawan.. lps tu umur 24 tahun jatuh bankrup utang bank rm1.5juta, utang along, utang merata tempat. umur 28, dia berjaya balik langsaikan semua hutang2 dia dan skrg umur dia dah 38 tahun. Xtau la duit dlm bank dia ada brapa juta dah skrg.. wuuu,bestnya.. hehe

ok lah, tu saja... nak bagi pengenalan saja ttg penggunaan otak kanan.. nnt aku cerita details lagi kehebatan menggunakan otak kanan. :D

selamat~

Share  

:')

Posted by Ched

"tahniahhh...ayh rs itu kptusan terbaik..apa ada dng sijil..ayah x kesah tu semua..kalau adik nk belajar ayah ikhtiag la setakat mampu..tp klu nk berenti n ada pluang lain adk teruskan sja niat murni adk tu..stakat org nk katakita buat apa pn x betui..kita sush pn kita x kacau org..adik truskan ja niat terbaik adik..ayah sntiasa doakan kebahgiaan keluarga kita..kejayaan kita..permudahkan segala urusan kita..apa jua kejayaan adik adalah kejayaan keluarga kita..manjada wajaddahh...aminnn.."

Share  

Keputusan.

Posted by Ched

Bukan susah nak senang, dan bukan senang nak senang. A common word. Dari umur aku 13 tahun lagi, aku dah start terlibat dengan keusahawanan. Aku bersyukur sangat sebab dilahirkan dalam famili yang mengajar aku erti berdikari. Walaupun aku bukanlah dari keluarga yang susah, tapi setiap keinginan tu bukan selalu ditunaikan. Alternatif, aku belajar dengan cari duit sendiri.

Alhamdulillah, aku juga mempunyai famili yang sentiasa bagi semangat kat aku. Aku ada ayah yang tak pernah bangkang dengan keputusan aku walaupun kadang-kadang nampak macam tak logik untuk usia macam aku nak capai.Tapi berpegang dengan falsafah hidup aku, keyakinan mengatasi segala-galanya, insyaAllah dengan usaha aku mampu capai. Setiap keputusan yang aku buat, semuanya berdasarkan dengan keyakinan aku.

mungkin keputusan aku nak tinggalkan alam pembelajaran nampak sukar. Penat-penat belajar spm, pastu masuk matrik, pastu dapat pulak UM, bukan calang-calang orang boleh masuk. Aku bersyukur sgt sebab aku dpt masuk. Bukan sebab aku akan dpt habiskan belajar aku untuk dptkan degree tu, tapi sebab temukan aku dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Semua ni dah mengajar aku untuk hidup. Kalau tak masuk UM, manakan dpat aku berjumpa dgn orang2 hebat, berjumpa dengan rakan2 hebat, berjumpa dengan semua org yg secara tak langsung mematangkan aku. Sungguh, aku bersyukur.

Ada org ckp kat aku, buatlah solat istikharah dulu. Buat pilihan mana satu yang sepatutnya.. Syukur, masih ada yg mampu nk igtkan aku ttg semua ni. Tapi bagi aku, solat istikharah diperlukan ketika kita menjadi sukar untuk membuat keputusan. Bagi aku, melepaskan alam student dkt UM ni bukanlah sesuatu yang sukar sebab aku yakin aku masih mampu berjaya. Memang betul dgn degree aku mempunyai 'backup' yang besar, yang boleh 'kononnya' menjamin masa depan aku, tapi bukan ini yang aku mahukan. Langsung tiada penyesalan meninggal title 'student um" yang dah dua tahun aku galas. Kerana apa, kerana dua tahun inilah ilmu yang aku idamkan dapat aku pelajari yang aku rasa sgt sukar untuk student lain dpt. Mungkin bukan ilmu akademik, tapi ilmu yang mampu bg peluang untuk aku merasai nikmat dunia yg sementara ni.

Terlibat dengan aktiviti keusahawanan betul-betul membuat aku kenal erti kehidupan. Stress smpai mengalirkan air mata, marah sampai aku tak bergaul dgn orang, kecewa smpai terasa mcm nak bunuh diri, semua tu aku dah lalui.. Inilah perasaan parasit yg selalu menjatuhkan orang. Syukur, aku lalui dengan rasa redha dan pasrah. Semua tu cuma ujian untuk aku rasa jatuh. Kalau tak jatuh, mcamna nak naik dengan rasa kepuasan.

Syukur Alhamdulillah, aku bersyukur kpdmu yaAllah dengan jalan yang Kau tunjukkan ini..

Share